Jawab soalan berikut.
1. Tukarkan 1640 kepada sistem 12 jam.
2. Jika Encik Peter bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 2330 dan sampai ke destinasinya selepas 8 jam terbang di kapal terbang. Berapakah masa dia sampai?
3. Puan Aminah tiba di lapangan terbang Kuching pada 1500, jika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching mengambil masa 1 jam 40 minit. Bilakah dia bertolak dari Kuala Lumpur?
4. Jika emak mengambil masa 1 jam 20 minit membeli sayur-sayuran di pasar, 5 minit memandu dari pasar ke klinik. Dia singgah di klinik berjumpa doktor selama 1 jam 30 minit. Selepas itu, dia mengambil masa 10 minit untuk mengambil adik di sekolah. Masa yang diambil dari sekolah balik ke rumah ialah 15 minit. Hitung jumlah masa dia ambil untuk beli sayur dan sampai di rumah?
Jawapan
1. 4:40 petang
2. 7:30 pagi
3. 1:20 petang
4. 3 jam 20 minit